BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

jE m'aiMe

aMouR

Wednesday, March 24, 2010

learn trough experience..'^_^'


belajar dari kesilapan atau belajar dari pengalaman?? ermmm..kita semua terdewasa dengan kesilapan yang akan menjadi pengalaman dan panduan untuk hari yang mendatang..yup..pengalaman adalah guru yang paling baik..
semoga kita semua belajar dari pengalaman dan kesilapan agar perkara yang tidak patut terjadi berulang..AMINNNN..

Thursday, March 11, 2010

'^_^'...something to share...


Semenjak dua menjak ni aku sangat
takut dengan kewujudan ‘dia’ yang dikatakan ‘parasit’ oleh mereka...
takut diri sendiri akan hancur dan binasa dengan kewujudan dia..takut dengan cerita-cerita mereka tentang ‘dia’ yang sangat tidak boleh dijangka..
takut dengan ikatan dan hubungan yang telah lama dibina terlerai dengan adanya ‘dia’.
Mohon petunjuk dariNYA agar aku ditunjukkan jalan yang terbaik dalam menangani situasi sekarang..

Aku pernah merujuk my best buddy tentang perkara ini..my best buddy said “ kalau dengan terus berkawan dengan dia aku menjadi insan yang lebih baik dan dapat menyerapkan ion-ion positif pada dia dengan tarbiah-tarbiah TERUSKANLAH...tapi kalau berkawan dengan dia akan menjemput banyak perkara-perkara yang berbaur mazmumah, JAUHKANLAH ”

Tapi kadang-kadang aku jadi keliru dengan keputusan sendiri..Bak kata satu babak dalam cerita kat TV3 Tari Tirana... (hehehe..boleh pakai ke?)“Dia sebenarnya bukan sejahat yang kita sangka..dia cuma seorang insan yang terdesak dan keseorangan” Kalau nak difikirkan semula orang lain pun macam dia.. ‘terdesak dan keseorangan’..tapi tak buat pun perangai macam dia..Entahlah....

So, aku nak share ngan korang petikan yang aku dapat ni (http://genta-rasa.com)...
Aku yakin bukan aku sahaja yang berdepan dengan situasi macam ni..moga ini nukilan ini dapat menjadi sedikit panduan untuk kita.. :)

Hanya ingin mengingatkan. Tentang wujudnya parasit… parasit hati!
Awas, parasit yang seperti itu sentiasa ada. Kenali dia dan menghindarlah jauh-jauh tanpa bermusuh. Jangan buka ruang dan peluang untuk dia mencelarukan hidup mu. Jangan biar dia mengelirukan pertimbangan mu. Dia itu pandai berkata dan licik bercerita. Cerita yang memikat. Kata yang mengikat. Dia seolah-olah sahabat terapat… tetapi rencananya busuk sekali. Dalam diam dia bijak melaksanakan dendam. Bagaikan api di dalam sekam!
Mungkin kita tidak pernah menjangka orang yang begini wujud. Jika anda lurus, tulus tetapi tidak berhati-hati… anda akan serahkan segala-galanya kepada dia. Kepercayaan, kesetiaan dan harapan, anda pertaruhkan kepadanya. Dia itu bijak menghulur, tetapi tiba-tiba dia akan menyentak dan anda akan tersentak. Dia kah itu? Mungkin dia berwajah jernih, murah senyuman dan pandai menabur simpati. Lalu anda akan terkesima dalam terpedaya. Sudah nyata tetapi seakan masih tidak percaya. Dia kah itu?
Beringat-ingat, ketika dia bercerita tentang orang lain, satu ketika orang lain pula akan mendengar cerita mu. Dia bijak mengatur bidak, menjolok yang sana untuk menjatuhkan yang sini. Atau menyanjung yang sini untuk memancung yang sana. Di mana pun dia mudah mendapat kawan, kerana simpati, empati dan kata-katanya sangat menawan. Terlalu lama masa untuk mengenal warna dia yang sebenar. Hanya bila anda mula menjarak, barulah rupanya yang sebenar terserlah.
Jangan takut dan rugi untuk menjauhinya. Dia hakikatnya “parasit” pada hati mu dan diri mu. Dia akan sentiasa memperalatkan dan punya dua wajah yang boleh diterima oleh dua atau tiga pihak yang saling bertelagah. Jika permusuhan orang lain menguntungkannya, dia menjadi batu api. Jika perdamaian orang lain memberi manfaat, dia akan kelihatan sebagai juru damai yang begitu cinta keamanan. Tetapi hakikatnya bukan orang lain yang menjadi sasaran kebaikan, tetapi dirinyalah jua yang meraih keuntungan.
Aku menulis ini justeru ada pertanyaan. Aku enggan menulis tentang watak “hitam” dalam kelompok manusia seperti dia. Aku pun bukan “malaikat” yang serba suci dan tidak punya kesalahan. Tetapi berdasarkan ilmu dan pengalaman yang secebis, anda, aku dan kita pasti menemui orang-orang seperti ini dalam pergaulan. Jika tidak setuju, dia senyum, manis seolah-olah setuju. Tetapi belakang kita lain bicaranya. Jadi, jangan ada apa-apa hubungan dengannya… biarkan dia berlalu sebagai “tanda jalan” dalam musafir hidup mu!
Cinta jangan keterlaluan, benci jangan sekali. Namun berhati-hati itu sangat perlu… pembeza antara sangka baik dan waspada. Sangka baik itu dituntut, waspada itu perlu. Jangan tertipu dengan senyuman. Jangan melulu oleh kemarahan. Sebaik-baiknya aturlah perasaan agar sentiasa di pertengahan. Agar diri sentiasa dalam kawalan. Pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari kesetiaan dalam amukkan badai kemunafikan.
Maaf kiranya bicara ku ini dibauri bunga-bunga bahasa. Sengaja ku kelamkan makna di balik sulaman kata-kata. Bukan tidak mahu berterus terang… tetapi sekadar “melembutkan” pendekatan. Ya, mana mungkin air najis akan membersihkan najis? Mana mungkin satu keburukan dihapuskan oleh satu keburukan yang lain? Cuma aku tidak mampu berdiam. Sebagai manusia biasa, hati kita bukankah umpama kuah yang sedang menggelegak? Ada kala dingin seperti salju, tetapi ada masanya bagaikan lahar berapi yang sedia meledak!
Ah, biasa ilmu akan datang memujuk kita. Ditayangkan di depan mata akan keburukan sendiri, lalu ketika itu kaburlah kesalahan orang lain. Teringat pesan Imam Ghazali RHM, jika yang melakukan kemungkaran itu orang muda… kau katakan, dia masih muda. Masih sedikit dosa dan kesalahannya. Berbandingkan kau yang telah tua, yang terlalu pekat oleh maksiat. Dia masih punya masa untuk taubat. Sedangkan kau sudah berada di garis penamat.
Jika yang melakukan kejahatan itu sijahil, kau ingatkan diri mu bahawa dia melakukannya kerana tidak tahu. Sebaliknya jika kau melakukan kejahatan, kau melakukannya dengan ilmu, dalam sedar, dalam tahu. Oleh itu dosa mu adalah terlalu. Takutilah parasit hati… yang berasal daripada hati mu sendiri!
Ya, sekali lagi… pandanglah dulu onar diri mu. Parasit hati itu tidak akan mampu merosakkan mu jika kau sentiasa:
1. Solat berjemaah.
2. Sentiasa berzikir.
3. Berdamping dengan Al Quran.
4. Melazimi taubat dan berselawat.
5. Sering bersedekah.
Itulah perisai hati yang akan melemahkan parasit hati!

Tuesday, March 2, 2010

++ Niew Kim Tee ++

pagi2 morning tadi aku sangat mls nak bgn tido..siap2 pon lambat..kul 730 br tolak dr umh..tgh cr2 kasut tipon aku bunyik..suspen jek bile name yg naik tu "vViP"..mesti ade hal penting..kalo tak ibu aku xcall pg morning cmtu..dgn penuh sayu ibu aku ckp.."angah,nenek Port Dickson meninggal pg tadi"..huh..aku xde respon..prasaan yg bcampur baur..yg paling pasti adalah perasaan sian kat ibu aku..mesti ibu regret sgt coz we all xlik chinese new year baru2 ni..
so ni la pic last raye bersama kitorang ngan nenek PD..pasni xtau la ibu aku smgt lagik tak nk lik PD..


dulu setiap kali raye nenek aku mesti bg duit paling byk antara yang lain...even die cine..tp aku sgt respect die sebab die sgt fhm n terbuke..maybe sebab duk kat n9 yg dah dkt melaka..kat sane kan byk baba nyonya..mmmmm..Best sgt ade mixblood...semoga nenek aku hepi ngan life die lu..dikurniakan ramai anak n cucu2 yang best mcm kami..proud to be ur cucu .. Niew Kim Tee..

mMmm....

kalo dah bukak glove tu maknenye baru tjatuh ar tu...hahahaha


tp...lepas tu apis terus mluncur dgn laju...tunjuk skill la konon..huh..


hahahaha..even aku xde koleksi pic apis jatuh tapi ni pic aksi lps die tjatuh...kire ok ar tu..benjol kot sblh kiri dahi die..jatuh atas ais kene tuam ngan ais gak ke apis?hahahaha

betol la kate org...kalo tak jatuh sampai bile nak pandai meluncur ngan laju...same gak ngan life kite..mesti blaja jalan jatuh lu sebelum le lari laju kan?kan?

aku gak meluncur tepi dinding...asyik jatuh aje..sakit doh..3 hari xilang lagi..hmmmm..kerana ice badan binasa...huhuhu..seb baik skater kat sini sume 'one malaysia'..ulur2 tgn je bile ade yg dah duk bsila kat ice..huh

apis ckp d.j kat situ ade annouce " all sakters, dont be shy"..mcm tuju kat aku je..errrrr...

elehhhh..next time kalo kite gi mesti aku da le menari2 kat situ..ermmmm

sbb aku je yg tukang amik pic so xde la pic aku...

like this:)

apis tolak couple blkg tu..eceh..xde la..

jap je diri ni..pastu dah jatuh tergolek..sakit sehingga ke hari ini..

nak masuk lik ke tak?? ermmm..

kaki sakit..tu bekas gelang kaki...ermmmm..
gi skate ni 28 Februari 2010..
Venue : sunway pyramid

nota kaki: kitorg g bertiga time ni..tp koleksi pic tu dah ilang..huh..sory weh